Kamis, 14 Februari 2019

Riwayat Tentang Zikir dengan Gerakan

Gerakan dalam zikir adalah sesuatu yang baik

Dzikir Sambil Geleng-geleng kepala..
Kebiasaan dan pada umumnya, bergerak-gerak dan tergeleng-geleng kepala Saat Dzikir (kalimah Tauhid). Sebenarnya semua ini punya sebab, alasan dan dalil. Salah Satu Antaranya ialah riwayat Sayyidina Ali Rodhiyallohu Anhu yang mensifatkan perlakuan para sahabat antaranya:-
فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر في يوم الريح
"para sahabat apabila mereka pagi-pagi Berdzikrulloh dalam keadaan bergerak (bergoyang) seperti goyangan berayunan pohon-pohon berangin."
Perkara ini juga disebut oleh Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id dalam kitabnya "Faraa-idul Maatsir al-Marwiyyah lith Thoriqah al-Ahmadiyyah" sebagai berikut:-
Al-Hafidz Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jalil al-Fudhail bin 'Iyyadh berkata:- "Sahabat-sahabat Rasulullah Sholallohu alaihi. Apabila berzikir mereka menggerakkan badan condong ke kiri ke kanan seperti pohon kayu yang condong ditiup angin kuat."
Cara berdzikir mengenai cara ini, hendaklah ia menggerakkan tubuh badannya condong ke sebelah kanan memulakan dengan perkataan nafi "La" (daripada ayat tahlil La ilaha illa Allah) di sebelah kanan kerana nafsu yang condong kepada kejahatan ada di sebelah kanan. Kemudian menyebut lafaz "Allah" ketika badannya condong ke sebelah kiri, supaya hati menerima segala cahaya dan rahsia lafadz "Allah".
Wallohu 'A'lam...

0 comments:

Posting Komentar